Pameran solo seniman Juhari Said ini memperlihatkan ciptaan karya seni cetak yang berbeza dari konteks yang lazim. Karya-karya ini telah dicipta dengan kesedaran untuk memberi dimensi baru dalam tafsiran seni cetak konvensional. Berdasarkan kefahaman bahawa seni cetak terhasil dari tekanan blok atau matrik, maka karya-karya ini menumpukan usaha untuk mengetengahkan blok atau metrik itu sendiri sebagai satu bentuk seni cetak. Karya- karya yang terhasil ini secara umum dipenuhi dengan tanda-tanda atau bekas yang lumrah diperkaitkan dengan blok atau matrik tersebut. Selain  itu, karya seni cetak  ini juga telah memanfaatkan penggunaan kayu yang berbeza-beza saiz dan dibentuknya demi untuk memberi kesan yang berbeza kepada blok atau matrik itu sendiri. Dari segi ideanya, karya seni cetak ini boleh dikategorikan sebagai satu bentuk seni cetak alternatif yang berusaha untuk mengembangkan definisi seni cetak itu sendiri.  Dalam konteks ini juga, seni cetak tidak terbelenggu dengan aturan atau pengkategorian proses yang lumrah dikaitkan dengan displin seni cetak. Ini adalah strategi ‘blue ocean’ Juhari Said yang tidak jemu mencari dimensi baru untuk proses pengkaryaan  beliau.

This solo exhibition by artist Juhari Said showcases the art of printmaking that departs from the usual context. The works were created with an awareness to present a new dimension, departing from the conventional interpretation of printmaking. Base on the precept that printmaking is derived from impressions made by a block or matrix, this work seek to present the case for the block or matrix to be seen as an art work by itself. The produced works generally feature embellishment and other marking often associated with the block or matrix. Apart from that, the works utilise wood of deferent sizes and form to affect the block or matrix. These prints can be categorize as alternative printmaking with the idea of expanding the definition of printmaking itself. Seen from this viewpoint, printmaking is no longer limited by its process, order or classification that are commonly associated whit the discipline of printmaking. This is Juhari Said’s ‘Blue Ocean; strategy, for he is know to be tireless in seeking new dimensions for his artmaking process.