Pertama kali kami bersua pada 2006, semasa saya dijemput untuk menyertai Bengkel Seniman Tamu di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Machang, Kelantan.

Kemudian, sempena bengkel tersebut, satu pameran diadakan di Galeri Shah Alam selama satu bulan – dari 20 Februari hingga 20 Mac 2006. Bengkel dan pameran tersebut menemukan pengkarya dari Malaysia dan Jordan untuk bekerjasama serta bertukar-tukar fikiran. Ketika itulah saya mula berkenalan dengan Anees Maani.

Kedua-dua program tersebut berjalan lancar di bawah penyelarasan dan kurator pelukis Sharifah Fatimah Zubir. Sebelum ini, Sharifah juga menyelaraskan Pameran Risalah dari Malaysia di National Gallery of Fine Art, Amman  Jordan, pada 1992.

Ketika berada di Malaysia, saya dapati bahawa Anees melalui perwatakan dan pertuturannya bagaikan membawa bersama angin padang pasir yang nyaman. Pada masa yang sama, bongkah-bongkah batu di Petra, Jordan, ditinggalkan sahaja olehnya di padang pasir yang panas lagi kering.

Anees berkunjung ke Akal di Ulu, sebelum dia pulang ke Jordan pada Mac 2006. Ternyata dia amat teruja, apatah lagi pada pagi semasa berada di sana, saya kejutkan dia dengan membawa seekor ular yang berwarna hijau menyala. Dia terpinga-pinga, ketawa, lalu bertanya, “Apakah itu benar-benar seekor ular?”

Kemudian saya bertanya lagi, adakah pada tengah malam tadi dia mendengar bunyi orang berjalan? Dia mengangguk dan tersenyum. Saya memberitahunya bahawa “orang halus” mahu berkenalan dengan tetamu baru saya. Kami berdua tertawa.

Perbualan kami terhenti seketika apabila isteri saya membawa sarapan pagi untuknya. Dia membawa hidangan itu ke tebing Sungai Langat yang terletak di belakang rumah saya dan menjamahnya sambil memerhati arus sungai. Esoknya, dia meninggalkan kami; katanya untuk mengembara.

Saya menghantarnya menaiki kereta saya ke ibu kota pada pagi itu. Ketika kami melintasi Zoo Negara di Ulu Kelang, saya bertanya mengajaknya untuk singgah melawat zoo tersebut. Dia menjawab, “Mengapa binatang itu di penjara walhal mereka tidak pernah melakukan jenayah atau apa-apa kesalahan pun?”

Saya cuma memandu laju kerana esoknya dia harus pulang ke Jordan. Setelah beberapa hari saya menerima satu sistem mesej singkat (SMS) seperti yang berikut;.

 

It was a beautiful dream,Malaysia,

all the people,you,thank you all for

the upgrade that was the result of

What I learned in your country.

I’m missin

 

Sender + 962795760513

Send     4 April 2006

16:58:17

 

Linked 2/2

g you all.I hope to keep in touch

with you,anees@go2petra.com,

and I hope to see you in Jordan,

I’m doing well here,sculpting

stone with wood in mind!

 

Sender + 962795760513

Send       4 April 2006

16:57:44

 

Allahyarham Rahime Harun dan Habu

 

Teksi datang

 

Tujuh orang tetamu Malaysia di Petra

 

Badwi yang boleh bertutur bahasa Hokkien

 

The Seven Travellers Who Didn’t Sleep

Seperti yang dirancang oleh karyawan Sharifah Fatimah Zubir sebelum ini, persahabatan antara pelukis Malaysia dengan Jordan dipererat dengan lawatan kumpulan pelukis Malaysia ke Jordan pada 9-19 November 2006 dan saya dijemput menyertai lawatan itu. Ini lawatan kedua ke Jordan saya sejak 1995. Ketibaan kami di Jordan disambut oleh Anees Maani dan Karma dengan penuh perasaan bangga dan gembira.

Bermula dari Cave of the Sleeper dan beberapa tempat bersejarah yang lain, kami dibawa menaiki keldai di padang pasir oleh teman-teman Anees yang berketurunan Badwi. Berada di padang pasir merupakan satu pengalaman yang aneh bagi saya, apalagi apabila melihat gunung batu yang dipotong serta diukir oleh orang Nabataean di Petra. Seramai lima orang pelukis Malaysia mengikuti lawatan itu iaitu;

  1. Ramlan Abdullah
  2. Romli Mahmud
  3. Faizal Ramli
  4. Rahime Harun
  5. Juhari Said

‘Pasca Terap Ulang’ Universiti Sains Malaysia

Pada 30 September 2009, tempoh perkhidmatan saya sebagai Ahli Cipta atau Creative Fellow di Pusat Seni Universiti Sains, Pulau Pinang, sudah tamat. Kemudian, saya pulang semula ke Akal Diulu umpama seekor burung yang kepenatan.

Pertengahan Disember saya ke Bandung, Indonesia sekali lagi saya bersama-sama Romli Mahmud dan Faizal Ramli berkunjung ke Institut Teknologi Bandung. Di Bandung, kami berkesempatan melawat Profesor Ameritus Abdul Jalil Pirous. Kami juga sempat bertemu SenimanSunaryo dan kami diundang melawat rumah “kebunnya”.

 

Pelukis (ditengah) bersama Pak Pirous dan Pak Sunaryo

 

Lawatan kami diteruskan ke rumah Rita Widodo pengarca wanita Jerman, dan kami akhiri lawatan kami dengan bertemu sahabat lama saya Setiawan Sabana,Heyi dan Mamun Mulia. Heyi yang sudah bercucu dan suka ketawa sering berpesan kepada saya, “Juhari, kita nanti sama-sama tua ya …”

Pertengahan Februari 2010, hati saya tiba-tiba tergerak untuk menghantar SMS kepada Anees Maani, bertanya khabarnya yang sedang berada di Jordan. SMS saya dibalas dengan mengatakan bahawa dia bercadang untuk mengembara ke Amerika Syarikat (AS). Lalu saya memberitahunya, tidak perlulah ke AS, datang sahaja ke Malaysia. Saya cadangkan dia tinggal di rumah saya, berkarya di studio saya, gunakan peralatan saya. Dia tidak perlu risau  soal makan minum, makan sahaja apa-apa yang saya makan. Bekalan kayu untuk arcanya ada di sekeliling studio saya. “Kalau begitu,biar saya cari duit untuk ke Malaysia,” katanya.

Disebabkan urusan harian yang begitu sibuk,saya sudah lupa tentang Anees Maani. Selang dua minggu berikutnya, saya begitu terperanjat apabila mendapat SMS darinya yang mengatakan dia sudah berada di KLIA! Petang besoknya saya menjemput beliau di stesen kereta api Ampang untuk dibawa pulang ke Akal di Ulu.

 

Pakjo dan Anees Maani bersama pelukis (berdiri)

 

Anees Maani di Akal di Ulu

Ketibaan Anees begitu memeranjatkan kami, kerana ada beberapa persediaan yang kami rasa belum cukup untuk menyambut kedatangannya sebagai tetamu. Tapi oleh kerana Anees seorang yang sederhana, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Dia begitu faham keadaan saya yang terlalu sibuk ketika itu. Hampir dua minggu, Anees, Pak Jo bersama saya bertungkus-lumus untuk mengemas studio, menyusun semula kepingan-kepingan balak yang setebal 4 inci yang kadang kala panjangnya sehingga 14 kaki.

Bahagian luar atap studio dibesarkan lagi agar tidak tempias bila hujan turun. Kami bertiga begitu berpuas hati dengan keadaan studio yang lebih selesa, tambahan pula sekarang dilengkapi dengan peralatan – peralatan yang baru saya beli supaya keperluan kerja tidak terganggu.

 

Anees Maani dan arcanya.

 

Arca Anees.

 

Bahagian dalam studio.

 

Bahagian studio untuk kerja berat.

 

Studio Akal di Ulu

 

Saya perhatikan Anees seperti dirasuk oleh semangat kayu. Mungkin bahan kayu terlalu sedikit ditempatnya, sedangkan di sekeliling studio saya, sumber kayu sangat banyak dan seperti kata Anees, ia bagaikan syurga. Saya perhatikan Anees pada awalnya begitu banyak mengelamun, mungkin saya juga begitu bila berada jauh dari tanah air. Perantauan banyak membuka serta menyemarakkan jiwa. Selalu saya memecah lamunannya dengan bertanya, adakah dia sudah makan atau belum. Katanya, ibunya selalu bertanya begitu,dan kami sama-sama ketawa.

Adakalanya Anees keluar ke kota, katanya mencari ilham dan selalunya walaupun sehari atau dua dia akan tetap menghantar pesanan ringkas kepada saya. Pak Jo yang tinggal serumah bersama Anees pun sering bertanya berapa hari Anees ke kota. Walhal mereka berdua sebenarnya seperti itik dan ayam. Anees berbahasa Inggeris dan Arab dan Pak Jo cuma boleh berbahasa Indonesia.

 

Pak Jo

 

Faizal Ramli pengarca dari Kelantan asyik mendengar perbualan

 

Romli Mahmud menghayati arca Anees yang bertajuk Matahari

 

Sahabat saya, Stanley Sinnappen (duduk), Anne Boning pengarca dari UK dan Azman Ismail pula pengarca dari Kelantan.

 

Tetapi proses sesebuah komunikasi itu kadang-kadang unik, aneh dan menarik. Bahasa bukanlah satu-satu medium atau perantara antara dua manusia yang berbeza latar, bahasa dan budaya. Sebaliknya, sikap menghormati, serta tingkah laku begitu banyak memainkan peranan. Sebagai contoh, Anees tidak akan makan selagi Pak Jo belum makan. Anees begitu menghormati Pak Jo sebagai orang tua walaupun beliau hanya sebagai pembantu saya. Bila pulang dari kota Anees akan membeli permainan minda untuk Pak Jo seperti Rubik Cube dan sebagainya.

Anak-anak saya juga begitu,mereka begitu gembira bersama Anees. Ternyata Anees sudah seperti keluarga kami. We miss you Bedouin!!