PAST

posted in: Anecdote | 0

KUCING DENGAN IKAN

kucing_ikan

Kalau sudah kenyang dan puas ikan tidak disentuh lagi.

BAU-BAU BACANG MAKSUDNYA PERSAUDARAAN YANG JAUH

bau_bacang

Bunga bacang yang menyerlah warnanya seharum bau buahnya yang masak.

MELAKA OH MELAKA KU

melakaku1 melakaku2

Kalau slogan bersifat kebudak-budakan,buat projek pun begitu juga.

BUNGA DURIAN

bungadurian

Ramai yang suka makan buah durian tetapi tidak ramai yang tahu betapa cantiknya bunga durian.

PASAL IKAN

pasal_ikan

Ikan yang baik dan segar bergantung kepada bahagian kepala terutama mata dan insang,begitu juga manusia kalau ketuanya baik begitulah pengikutnya.

KASIHAN AYAM

kasihan_ayam

Saya didatangi seseorang, katanya mahu berkongsi menternak ayam kampung bersama saya.Tetapi beliau sendiri tidak pernah memelihara ayam dan takut mendekati ayam!

BILA UNTUNG DIAM-DIAM, BILA RUGI BUAT BISING

untung_diam_rugi_bising

SEBAB ITU DIA KATAK !

sebab_katak

PEMAIN GITAR

Pemain_gitar

Orang tua ini bermain gitar bertali satu yang diperbuat dari kulit keras dan berbentuk keras.Bunyinya juga kedengaran keras…. Nota:(musik dalam bahasa Arab disebut musiqo dan gitar sebagai kitara)

PENJUAL BATU

penjual_batu

Kanak-kanak Badwi ini menjual serpihan batu-batu,kerana hidupnya dikelilingi oleh batu.

DAPOR ORANG BADWI

dapur_badwi

Dapor orang Badwi untuk memasak roti lebih kurang saja seperti dapor memasak pizza.Cuma pantang larang bagi mereka cerek air mesti dibiarkan bersalut hitam penuh berjelaga.Bagi mereka lagi hitam lagi bagus,pasti rasa tehnya bertambah sedap!!

TUKANG BESI DI SAHAB AMMAN

tukang_besi

Abu Hani seorang tukang besi yang berperawakan menarik.Walaupun comot, berpakaian kotor dan rabak beliau disukai orang.Beliau sering diambil gambarnya.

PULASAN

anecdot_12_14_6

Buah pulasan yang boleh dipetik sambil meniarap pun kadang-kadang terbiar tidak diambil.

DUKU LANGSAT

anecdot_12_14_2

Buah duku langsat yang sebegini rendah terpaksa dipetik oleh kanak-kanak kerana orang- orang dewasa,hati dan tangannya tidak sampai.

AYAM

anecdot_12_14_5

Ayam-ayam ini kalau dilepaskan dari reban,ia pandai mencari makan.Tetapi pelajar-pelajar universiti belum tentu.

SUMPAH-SUMPAH

anecdot_12_14_3

Haiwan ini akan bertukar warna,seperti daun hijau atau daun kering bila tiba masa,.Tapi kali ini ia berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi seperti simen yang bukan alami.

GRAFITI

anecdot_12_14_1

Bila dibesarkan dalam kebun,membuat grafiti pun dari lumut lembab yang alami dan bukan dengan cat semburan.

KATAK

anecdot_12_14_4

Katak ini pun seperti manusia,bila tidur lena segalanya tidak disedari.

TANDA-TANDA JALANRAYA

43.tanda-jalanraya

Apabila kereta rosak,adakalanya tanda-tanda yang diguna begitu alami dan mudah untuk difahami.

SENI FETISH

42.seni-fetish

Laluan anai-anai dilantai studio saya.

PANTUN DUA KERAT41.pantun-duaHow do you do?
Ayam tak patuk, itik tak sudu.

KUCING PUN TAHU

40.kucing-tahu

Untuk cari makan kita harus bersabar. . . . .

SEPATU PILIHAN

39.sepatu-pilihan

Katak dalam sepatu kiri ini sudah lama menjadi haiwan peliharaan saya.Berbadan kecil,
tapi besar dan tinggi suaranya bila tiba musim mengawan.
Kadang-kadang manusia juga begitu,semangat meninggi hanya bila mahu sesuatu.

RAKAN KONGSI

38.rakan-kongsi

Bila buah betik dikongsi dengan burung,dia tidak pernah minta izin untuk makan dahulu. . . .

JIRAN SAYA SEORANG LOCAL GENIUS

37.local-genuis

Sepatutnya pelajar universiti dalam bidang kejuteraan datang berguru dengannya,
supaya mereka pandai bercakap dan pandai bekerja.

ANAK ITU IBARAT SEHELAI KAIN PUTIH

36.kain-putih

Anak monyet ini kami pelihara sejak kecil.Tidurnya diatas katil dan ia begitu takut
apabila diletak diatas pokok.

FARMASI

farmasi

Sebuah farmasi,tetapi ‘bergerak dan sangat alami’.

BECA

beca

Sebuah beca berenjin dan ‘berakal’.

NAK JAWAB PUN RASA SUKAR

jawab_sukar

Teman pengarca saya dari Bangkok iaitu Pratak,akan menggunakan pensel–pensel sehingga sebegini pendek lalu dikumpul diatas meja. Pernah seorang bertanya kepadanya,adakah dia memotong pensel-pensel yang panjang untuk jadi sebegitu pendek?

APAKAH YANG DIKATAKAN MENAWAN

apakah_menawan

Mengikut wanita tua Chiangmai ini,pelancung begitu suka mengambil gambarnya termasuklah saya.

RUMAH KUTAI

rumah-kutai

‘Rumah Kutai orang Perak yang begitu amat dipelihara’.

SEBUAH WARUNG DI CHIANG MAI

warung-chiangmai

Bila Tom Yam cendawan sedap dan lazat suis lampu pun nampak menarik.

RINDU

rindu

Bagi Encik Baha Zain,menanam kelapa di halaman adalah manifestasi rindu pada kampung halaman.

DEDIKASI

dedikasi

Saya perhatikan pemuda Bangla ini begitu dedikasi bekerja sebagai ‘HANTU’ di Sunway Lagoon.

GRAFITI

grafiti

Bila lahir dan membesar dalam kebun,tulis grafiti pun diatas buah.

CERITA TENTANG IKAN

cerita-ikan

Ah Kiong,datang bawa buah tangan ikan,dia juga menternak ikan dan pandai bercerita tentang ikan.

KISAH SEBUAH KAMPUNG

kisah-kampung

Seorang buruh Bangladesh bekerja di kebun sayur seorang Cina dalam sebuah kampung Melayu di Simpang Pulai.

Dr. Shamsuddin Rahmat

dr.shamsuddin

Bila berjumpa Dr.Shamsuddin,kadang-kadang saya membawa cempedak sebagai buah tangan.Bila saya mahu membayar ubat,katanya tak payahlah guna duit,buah cempedak pun dah cukup.

SARANG SEMUT

sarang_semut

Sikit-sikit ,lama-lama jadi bukit.

CERITA SEORANG NYONYA TUA

Pagi tadi, di hari ke-14 Ramadhan, saya ke Tekali membeli makanan untuk ikan peliharaan. Seorang nyonya tua menumpang kereta saya untuk pulang ke rumahnya. Katanya dia baru pulang menziarah kubur suaminya. Saya diberitahu umurnya sudah 80 tahun dan dia tinggal seorang diri. Daripada tujuh orang anaknya—hanya seorang saja yang memberi bantuan wang harian. Setelah tiba di rumahnya dia menghulurkan seringgit kepada saya, sebagai upah katanya. Saya menyuruhnya menyimpan duit tersebut dan saya pun terus berlalu.

AIDIL ADHA

aidil

Bila kita ‘korban’ di Aidil Adha,kita punya kerja tetap,ada insuran,kad kredit,EPF,dan mungkin ASB.Ramai juga punya rumah,kereta atau motosikal besar dan anak-anak yang ramai.IBRAHIM punya satu,iaitu ISMAIL.

MOTOSIKAL BESAR

big_bike

Tubuh menaiki motosikal besar,tapi jiwa naik basikal kecil.

SUATU HARI YANG MENGEJUTKAN

Dua orang pelajar bertanya kepada saya, apa pernah atau tidak saya terasa putus asa dalam berkarya. Saya tergamam dan berasa begitu aneh bila ditanya begitu.

CERITA TENTANG ULAR SAWA

ular_sawa

Mak Dara,kalau mengurut orang bersalin,dia suka bercerita.Katanya ayam direbannya selalu dimakan ular sawa.Nak ditangkap tak dapat susah……. Bagi saya yang sudah lama mengenalinya,Mak Dara seorang yang bijak, jujur dan kreatif walaupun dia seorang yang buta huruf.Dia selalu ada idea!

Mak Dara mengumpulkan batu-batu sungai yang dilumur dengan darah sembelihan disekeliling reban ayamnya pada suatu senja. Apa lagi ,besuk paginya semua batu-batu sungai tersebut sudah habis ditelan oleh ular sawa.Di penjuru reban ayam,ular itu tidur kekenyangan,berat dan begitu sukar untuk menyusur lagi.

ADUHAI, SENIMAN

aduhai_seniman

Di Pulau Pinang, kami bertemu seorang seniman yang berbicara tentang sejarah, budaya, karya-karyanya yang lalu, lebih lagi sebuah buku yang sedang ditulis dan yang akan ditulis. Apabila kami singgah di Tanjung Malim kami terserempak pula dengan ‘seniman’ yang bercerita tentang pangkat, gaji dan jawatan sambil bercerita tentang karya orang lain.

KISAH SEORANG PEMANDU TEKSI

kisah_teksi

Apabila kereta saya rosak, selalunya saya akan menaiki teksi ke sana ke mari. Saya suka duduk di hadapan, kerana saya dapat bercerita dan mendengar kisah pengalaman mereka.

Seorang pemandu teksi bercerita bagaimana beliau didatangi oleh beberapa orang pemancing undi pilihanraya. Setelah berkempen beliau diberi 200 ringgit, kata mereka duit kopi. Apa lagi pemandu teksi menolak mentah-mentah. Katanya 200 ringgit tak mainlah, kelmarin dia diberi 1000 ringgit oleh parti lawan! Oleh kerana terasa malu dan tercabar, dia dihulurkan 1500 ringgit! Setelah mereka semua berlalu, pemandu teksi tersebut ketawa terbahak-bahak bersama isterinya. Rupanya kalau ada orang pandai,ada orang lain yang lebih pandai.

SALIM, BANGLA GEMBALA KAMBING

salim

Salim, peramah orangnya, punya ramai kawan dan sentiasa senyum. Satu hari dia berjumpa saya. Katanya, “Abang saya mau anak anjing jantan untuk jaga kambing. Anjing betina saya tak mau, nanti satu hari itu anjing lagi banyak dari kambing!”

WAK JARAH

wak_jarah

Dua belas tahun dahulu sewaktu kami baru pindah ke Akal Di Ulu, Wak Jarah datang bertandang ke rumah. Dia berpesan, kalau menternak ayam jangan sekali – sekali memberinya makan daging sisa. Nanti ayam ternakan diserang penyakit. Itulah nasihat jiran saya yang tidak pernah tahu pun tentang wabak lembu gila yang menyerang Eropah pada 1986.

APEK SUNGAI BESI

apek_sg_besi

Semasa membuat persediaan pameran Okir 2008, saya ke bengkel di Sg. Besi, berpakaian seperti buruh kasar serta sama – sama bekerja di sana membantu untuk mempercepatkan tempahan saya. Melihat cara saya bekerja, lelaki Cina tuan punya bengkel tersebut bertanya. “Encik Juhari kerja di universiti ka?” dengan penuh minat. Saya cuma tersenyum dan dia menepuk bahu saya. Apek meletakkan harga murah bila saya membeli plat besi dan bila saya ingin membeli peralatan kimpalan beliau menemani saya membelinya di gudang khas. Bila musim buah pula, saya membawa cempedak dan rambutan untuknya, “Saya ada kencing manis tak boleh makan”, katanya. Lalu diberikan kepada pekerja – pekerjanya.

TANPA TAJUK

tanpa_tajuk

JANGAN DI AJAR ITIK BERENANG

itik

SENIMAN

seniman

Pak Mail masih menyidai negatif filem di luar kamar tidurnya. Mungkin bagi yang mempunyai kamera kini, mereka hanya menyidai baju, seluar, tuala atau pakaian dalam mereka.

LANSKAP KOTA DAN DESA

lanskapkotadesa

Di Kuala Lumpur ada perarakan BERSIH, di Petaling Jaya gereja pun mendatangkan masalah, tetapi bila saya pulang ke kampung saya di Gopeng, seorang apek menjual durian sambil berbaringan.

MAK DARA SEORANG BIDAN KAMPUNG YANG BERJASA

makdarabidan

Semasa Mak Dara masih hidup, wanita yang mengandung tak perlu ke hospital untuk mengetahui jantina anaknya. Melalui tapak tangan Mak Dara yang diletakkan di atas perut ibu yang mengandung. Ia sudah cukup untuk memberitahu mereka, anaknya yang dikandung itu lelaki ataupun perempuan.

KADANG-KADANG KITA TIDAK PERLU BERITAHU SIAPA KITA

kadangkitatidak

Semasa menunggu kereta saya yang rosak di sebuah bengkel di Ipoh, saya bertemu Jimmy. Dia seorang yang cukup berdedikasi dalam kerjanya, kerana parasnya memberitahu saya begitu !

BERBUDI PADA TANAH

BERBUDI PADA TANAH

HIDUP DENGAN DAUN PISANG HUTAN

haji yunus

Haji Yunus, mencari rezeki dengan menjual daun pisang hutan. Bila saya di jemput ke majlis perkahwinan anaknya, dia begitu bangga memberitahu bahawa rumahnya dibina dengan hasil daun pisang hutan. “Pulanglah lewat sikit, panggang kambing belum masak”, katanya kepada saya ketika kami sekeluarga menjamu selera.

Beritahunya kepada saya, adakala rumah nampak, tapi jalan ke arahnya tak jumpa.

‘KARYA SENIMAN AGUNG’

karya seniman agung

SARAPAN BERSAMA LATIFF MOHIDIN

Sambil menghirup teh tarik kurang manis, Om sudah tiga kali dapat gelaran ‘datuk’ katanya sambil tersenyum. Itu lebih baik, anugerahnya datang dari ‘langit’ balas saya, dan kami sama-sama ketawa.

HIDUP SENANG KALAU PUNYA ‘HATI’

HIDUP SENANG KLAU PUNYA HATI

Suatu masa cuti sekolah, kami sekeluarga bercuti ke Terengganu, di Pulau Lang Tengah. Sebelum menaiki bot, kami memanfaatkan 45 minit yang ada melawat ke sebuah kampung bernama Telaga Papan yang ramai penduduknya merupakan penanam tembakau.

Saya hanya megikut rasa hati, berkunjung ke sebuah rumah yang tidak kami kenali. Pemilik rumah tersebut bernama Pakcik Jaafar. Hatinya begitu terbuka bersama isteri menerima kedatangan kami. Anak-anak saya melawat tanaman tembakau serta bermain bola bersama-sama anaknya. Sebelum pulang, kami dijamu, begitu besar hati dan jiwanya. Pakcik Jaafar sekeluarga telah menjadi sahabat kami.

GIMNASIUM DASAR LAUT

GIMNASIUM DASAR LAUT

Wajah seorang penyelam ikan di Pulau Sabang, Acheh. Dia tak pernah mendengar dan mengetahui pun apa itu gimnasium.

KALAU KITA RASA

KALAU KITA RASA

Kalau kita kaya, ada lagi orang yang lebih kaya. Kalau kita pandai, ada lagi orang yang lebih pandai dan kalau kita kuat ada lagi orang yang lebih kuat. Begitu juga kalau kita rasa, kita lebih tinggi, ada lagi orang yang lebih tinggi.

Selepas solat Aidilfitri

– East London Mosque 2009

PERIHAL PRODUKTIVITI

PERIHAL PRODUCTIVITI

Kata orang tua-tua, jangan jadi seperti betik jantan, orang berbunga dia pun berbunga, tapi bila orang berbuah, dia tidak.

KISAH DI SUATU PETANG

KISAH DISUATU PETANG

“Biarlah betik yang aku tanam dicuri monyet, sebab nak beli dia tak berduit, nak menanam pula mereka tak pandai”, kata Wak Misran kepada saya di suatu petang, menceritakan kisah betik-betiknya yang sering dicuri oleh monyet-monyet liar.

LULA

LULA

Lula, anjing kami asalnya hanya binatang terbiar. Semasa kecilnya datang menyerah diri ke rumah kami, makan saja apa yang boleh. Pisang, nangka, kulit jagung, rambutan dan entah apa lagi untuk mengalas perutnya. Kini bila sudah lama bertuankan kami, makanan kegemarannya nasi berkuah kari.

Saya teringat suatu masa dulu, abang saya pernah bertanya, kalau seekor anjing begitu kenal akan tuannya, bagaimana pula kita sebagai hamba dengan Tuhan?