BIO DATA   GALLERY   PRESS   ESSAYS   PROJECTS ANECDOTE  

 

 

JUHARI SAID mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA dari 1979 hingga 1983.  Beliau memenangi anugerah Permodalan Nasional Berhad dan seterusnya Hadiah Utama dalam kategori seni cetak dalam Salon Malaysia pada tahun 1991.  Pada tahun 1993, beliau mewakili Malaysia ke bengkel ASEAN di Manila, dan pada tahun yang sama dianugerahkan geran penyelidikan di Paris oleh Kerajaan Perancis.  Pada tahun 1994, Japan Foundation telah menganugerahkan beliau geran penyelidikan untuk mempelajari seni cetak tradisional Jepun di Tokyo dibawah bimbingan seniman nasional Yoshisuke Funasaka.  Pada tahun 2008 pula, beliau dilantik sebagai Ahli Cipta atau Creative Fellow di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.  Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Karyawan Seni 2009, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.  Setakat ini, Juhari telah mengadakan sepuluh pameran solo, dan menyertai lebih seratus pameran diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.  Selain dari berkarya, beliau juga menjadi penggerak seni untuk program Yayasan Raja Muda Selangor serta melakukan kerja-kerja amal lain.  Juhari berkarya di Akal di Ulu, sebuah dusun di Hulu Langat kira-kira 40 minit dari Kuala Lumpur. 

JUHARI SAID obtained his formal education from Universiti Teknologi MARA (UiTM) from 1979 to 1983.  He won the Permodalan Nasional Berhad Prize and the Main Prize in the printmaking category at Salon Malaysia in 1991.  In 1993, he represented Malaysia at the ASEAN workshop in Manila, and was awarded a research grant in Paris by the French Government.  In 1994, he received a research grant from Japan Foundation and studied traditional Japanese printmaking in Tokyo under national artist Yoshisuke Funasaka.  In 2008, he was appointed as a Creative Fellow by Universiti Sains Malaysia, Penang.  He has also been awarded the Anugerah Karyawan Seni 2009 by the Ministry of Unity, Culture, Arts and Heritage Malaysia.  To date, Juhari has held ten solo exhibitions, and participated in over a hundred local and international exhibitions.  Besides working as an artist, he also contributes his talent to the programmes organised by the Yayasan Raja Muda Selangor and other charitable organisations.  Juhari works from Akal di Ulu, an orchard located in Hulu Langat, about 40 minutes from Kuala Lumpur.